"Sebaik-baiknya sedekah seseorang Muslim ialah belajar ilmu kemudian mengajarkan kepada sahabatnya."
(Hadis riwayat Ibnu Majah).

Tuesday, November 29, 2011

buah tangan... Klang-JB-Klang

balik JB nak mengurut urat saraf... dah semakin berumur ... sakit macam2. Balik, bawa RVC (order dr KMila http://adnazthie-kek.blogspot.com/) utk anak sedara... tapi X ingat ambil gbr... utk mak, ada nangka madu & mangga lemak manis... hmmm memang manis.


 apam pol ka dot ... heee ee cute mcm bola sepak mainan ... order kat JB dr K.Am http://www.serojakitchen.blogspot.com/ juga utk anak2 sedara, masa ambil masih panas lagi...
 
 

 mak masak nasi lemak ... dan aku bungkus guna daun pisang ...utk bekalan
prjlnn balik...  bau daun pisang kena dgn nasi panas ...  huhhh memang terbaekkk

 

mak buatkan kuih bakar... juga utk bekalan balik.... kuih ni plus size sbb malas nak bakar 2 round....1 ni jer mkn masa 2 jam...
 
Sofi : apa ... bau terbakar ni?
ibu :  memanglah bau terbakar... sbb atuk masak kuih bakar
(kali ni ibu dpt kenakan Sofi ... yeezzz)




... ni juga utk dibawa balik, lauk sambal goreng... fav. aku.... Sofi first time makan .... dia bg 10/10
 
Aku X pernah masak lauk ni.... rupanya ada tips nk bagi power...tempe hiris jgn terlalu nipis nanti keras dan jgn terlalu tebal ...  X sedap, ... kentang, lada merah, cili padi bawang, halia  hiris nipis2, .... santan kena guna santan pekat... X sesuai santan kotak, kalau santan dr kelapa yg diparut... ambil patinya shj.
Tempe ... ramai yg perlekehkannya... X de nilai komersil... tapi ... tahukah anda ???

candy kelapa... nostalgia

... lama X makan benda ni,  beli jajan ni kat Ayer Keroh...  otw balik JB... orng kampung panggil Candy Kelapa... kenapa ekk, org kampung panggil Candy, X panggil gula2 atau manisan... tapi kelapa tetap disebut kelapa bukan coconut ... is ish ish

manisan org dulu2, mungkin sebelah Selatan shj... X jumpa kat tpt lain ... masih ada dijual... tapi mungkin ramai org X berapa makan.... sbb rasanya yg sgt2 manis... tapi kalau kurangkan manis , jadi X sedap pulak ....Dibuat dr kelapa parut (putih shj) yg dicampur mentega, pewarna, susu pekat manis & ditambah lagi gula.

... kaki Gunung Ledang

Gunung Ledang (Mt Ophir), gunung tertinggi di Johor, ... punya sejarah dan lagendanya tersendiri berkobar2 nak pergi sini....cadang nak survey tempat hiking ... tapi CANCEL,  suasana kurang memberangsangkan...
WHAT WENT  WRONG???
anugerah Illahi, ... keindahan semulajadi ... tapi "rasa hati" ...spt ada "sesuatu" yg kurang indah .... adakah misteri Puteri Lagenda Gunung Ledang  ***???

ok, fikir sesuatu yg realistik... benda2 mistik, khurafat, bidaah tolak tepi...
Berikut adalah komen telus aku sebagai salah seorang pelawat, pengunjung, pelancong  yg pertama kali datang ...menginginkan domestic tourism yg lebih berkualiti

Mula dari main entrance ... hambar, X de rasa teruja ... tapi teruskan juga

  standard design Majlis Daerah ... no sense of welcome ....  biar simple tapi perlulah menarik ... penting sbg first impression pengunjung.... mungkin Jab Hutan / Majlis Daerah, perlu buat signage competition ... supaya dapat idea yg lebih segar.... atau adakan kerjasama dgn UTM students sbg salah satu dr project design mereka... hadiah pemenang makan durian ... sbb byk sgt kebun durian kat kawasan ni


bilangan tpt letak kereta sgt mencukupi tapi .... need pavement parking.... supaya nampak bersih dan selesa 



 entrance.... budak2 area ni...mesti nk gi mandi air sungai... "dah mandi pagi ke belum ni?"



kemudahan kabin yg disediakan utk aktiviti camping ... ishhh kenape mcm ni???
Komen dr pelancong luar :
a small tin shack in the middle of the jungle
OK ... as in tin shacks there ... pouahahaha!
I would put my mower in it .... fool me c'tu
kemudahan chalet ...dr luar nampak ok dan selesa


... kemudahan asas ada, tapi tidak diselenggara dgn baik .... agak daif ... tambahan lagi perokok bebas merokok di mana shj....dari tempat rehat, tempat mandi sampai ke dalam hutan....di mana kesedaran sivik dan di mana penguatkuasa!!!  ... sayang khazanah alam yg indah ini telah dicemari ...  for more experience hiking on Mt Ophir ... log on htttp://j-travel.blogspot.com/2009/06/hike-on-mount-ophir-gunung-ledang-johor.html

Wednesday, November 23, 2011

Fruits Cocktail...

.. hasil air tangan Sofi.... dia cari susu dlm almari.... terjumpa fruits cocktail ....buat sendiri ikut pengalaman berniaga dgn kawan-kawannya masa Hari Keusahawanan , subjek KHB di SRIH.
Gerai Corn Corner ... jadi serbuan budak-budak Tahun 1... sbb ada aiskrim dan fruits cocktail selain jagung cup.... tapi tarikan paling utama ialah poster ini (Sofi sanggup tido 3 pagi duk color benda ni...) ... Budak2 cari poster ni hasil promosi besar-besaran  kump ni....kreativiti budak2...memang terbaekkk


versi kat rumah..... walaupun sempoiii.... naluri ibu rasa terharu, ... kenapa??? 
sebab....  dia dah bole buatkan dessert utk ibu & abahnya ... "Sofi mesti belajar semua, ... Sofi tiada sape2 ...  bila ibu & abah berjauhan dgn Sofi nanti... Sofi boleh urus diri sendiri...."

Tuesday, November 22, 2011

spagheti

first time makan spaghetti ... dari air tangan hubby.... masa tu dia masak sendiri untuk jamu Zalin dan Alwi, .... harapkan aku masa tu ... hmmm..... aku memang betul2 X reti masak....siang ikan pun X pernah, apatah lagi masak ......tapi camna lah boleh ada orng ajak kahwin ... musykillll  betul.... mesti ada sbb tarikan lain... ahak  ha ha...he he

hari ni ... aku sendiri masak spaghetii ni ..... sofi bg markah 9.5/10,
agaknyer kalau abah masak mesti Sofi bg  11/10

Bahan dan cara :
1. 1/2 packet spaghetii (utk 3 org)... basuh kemudian rebus dlm air mendidih
    .... campurkan 1/2 sudu minyak zaiton supaya tidak melekat.
    Dah masak angkat & toskan.
2.  1/2 biji bawang besar, 3 biji bawang putih - cincang halus
3.  1 batang carrot & sedikit cendawan butang , 2 biji buah tomato
      - potong dadu, kecil2
4.  1/2 packet daging cincang (biasa pakai cap Ramly)
5.  1 tin sedang sos spaghetii (biasa guna Prego-local,
      kalau yg import X ada tanda halal)
6.  1/4 cawan kecil susu sejat (susu segar pun boleh)
7.  1 sudu butter utk tumis
8.  1/2 cawan air rebusan daging (kalau X ada air biasa jer)
      - ikut kepekatan yg sesuai

1. Panaskan butter dan tumis bawang besar, bawang putih - sampai layu
2.  Masukkan daging cincang - gaul hancur
3.  Daging dah masak, masukkan carrot, cendawan, tomato  & air rebusan
4.  Masukkan sos spaghetii, susu
5.  Perasakan dengan sedikit garam -  masak hingga pekat 
6. Hampir masak , taburkan oregano
7. Dah masak hidang dalam pinggan, sementara masih panaskan
    parutkan pamesan cheese

Sunday, November 13, 2011

Donut ... plus size

Sabtu, pasar malam Setia Alam.... teringin nak makan donut tp X jual laa pulak....abah sofi gantikan dgn pau giant. ... saiznya besar sama dgn saiz tapak tangan aku. .... walaupun dah makan pau, tp masih teringin2 donut jugak... Hari ni try wat donut ikut resepi dr http://nasron.wordpress.com/about/..... X sangka menjadi dgn jayanya .... TQ En Nasron.
 
 
doh yg dah naik 2 X ganda 
 
 
 
donut separa masak untuk frozen

 
 
hasilnya .... donut plus size.... besar, lembut, gebu dan sihat


Bahan-bahan Untuk Donut  http://nasron.wordpress.com/about/.....
  • Tepung Gandum 1 kg
  • Ibu Roti Brand Mauripan 1 paket (11 gram)
  • Gula Pasir 7 sudu besar
  • Garam Halus 1 sudu kecil
  • Susu Tepung (Paling bagus yang jenis Full Cream) 1 cawan
  • Marjerin 1 cawan
  • Telur 2 biji
  • Serbuk Penaik / Baking Powder 1 sudu kecil
  • Air secukupnya
Cara Memasak
  1. Isikan ¾ gelas air suam dicampur dengan 1 sudu kecil susu tepung penuh krim atau gula pasir (senang pakai gula pasir jer sebab gerenti jadi – susu tepung kadang ada jenis yang tak sesuai) dan 1 paket ibu roti Mauripan dan dikacau hingga rata. Biar 10~30 minit atau hingga buihnya mengembang naik ke bibir gelas.
  2. Masukkan tepung gandum, gula pasir, garam halus, susu tepung, marjerin, telur, serbuk penaik dan air ibu roti tadi ke dalam besen kecil.
  3. Aduk adunan tersebut dengan dituangkan air sedikit demi sedikit sambil menguli adunan hingga menjadi doh selama kira-kira 30~45 minit.
  4. Tanda adunan telah cukup diuli ialah apabila ia menjadi kurang / tidak melekat pada tangan anda.
  5. Apabila telah selesai menguli, tutup besen yang mengandungi besen kecil tadi dengan kain dan letakkan pada tempat yang hangat supaya ia dapat mengembang dengan cepat dan sempurna. Biar selama kira-kira 1 jam.
  6. Tanda doh telah mengembang dengan sempurna ialah apabila saiznya telah menjadi dua kali ganda dari bentuk asalnya.
  7. Ambil doh yang telah kembang tersebut dan uli sekali lagi kira-kira 30 minit.
  8. Leperkan doh kira-kira berketebalan 5 mm dan cetak dengan pencetak donut.
  9. Biarkan doh yang telah dicetak itu kira-kira 30~60 minit.
  10. Doh yang telah sedia untuk digoreng akan kelihatan telah mengembang dari bentuk asalnya.
  11. Goreng doh dengan minyak masak yang telah cukup panas. Minyak masak mestilah cukup banyak untuk membuatkan doh tenggelam walaupun nanti donut tu akan timbul. Goreng kira-kira 3~5 minit hingga warna bertukar jadi kuning kecoklatan. Paling bagus jika menggunakan deep fryer dengan setting suhu 375° Fahrenheit.
  12. Toskan donut dengan menggunakan kertas tisu serap minyak dan biarkan ia sejuk selama 15~30 minit. Jangan sira kalau donut masih panas, nanti gula akan “menais” / jadi bertepek-tepek basah.



  1. Sira donut dengan gula icing atau dengan gula pasir yang telah dikisar.

Sardin ....

Pernah nampak ikan sardin (ikan selayang)?? haaa... gambar kat bawah ni laa rupa ikan sardin sebenarnya... selalu nampak gambar ikan ni kat tin sardin jer....
http://www.pyroenergen.com/articles/sardines.htm

...tergolong dalam kumpulan yg sama dengan Salmon. ... kaya asid lemak Omega-3 atau 'essential fatty acid' ( EFA) .... Asid ini diperlukan oleh tubuh utk memproses vitamin A, D, E dan K, kerana ia tidak boleh diproses sendiri oleh tubuh manusia .... penting untuk kesihatan mata dan otak terutama kanak2 yg sedang membesar link
... omega 3 juga dapat membantu memantapkan sistem kardiovaskular iaitu kesihatan jantung, mengawal paras kolesterol, memperbaiki sistem penghadaman dan meningkatkan keupayaan tubuh untuk membakar lemak. link

karipap sardin (orng Johor panggil epok-epok sardin) ...utk makan petang ... senang buat ... cuma leceh nak uli kulitnya, kenapa X de orng jual kulit karipap jer ekk???
Bahan kulit karipap : Tepung gandum, 1sb minyak (dipanaskan), 1sb butter (dipanaskan), sedikit garam - semua diuli dgn air sedikit demi sedikit sampai jadi doh.

Tuesday, November 8, 2011

Pulut Inti

Pulut, kandungan kanjinya lebih banyak berbanding beras nasi .... sebab itu ia melekat dan melekit. Jika diambil dlm jumlah yg byk, karbohidrat yg tinggi akan menghasilkan kadar hormon serotonin yang tinggi. Serotonin berperanan menyebabkan otak jadi relax, nyaman & akhirnya mengantuk. Manakala, Protein pula dpt meningkatkan hormon tyrosin, yg menjadikan kita alert & cergas. Abul Harith http://fiqhmedic.wordpress.com/

breakfast ... pulut inti, buat utk hr cuti shj... sbb plan memang nak tido ... 

Petua org tua : (hmm ...boleh try ni....)
1. Beras pulut yg direndam 30 min atau boleh juga di sanggai, dikisar & dilumur ke muka atau badan akan dpt mencerah & menghaluskan kulit.

Bahan & Cara masak pulut:
1. Basuh bersih beras pulut, rendam dlm 30 minit, toskan
2. Sukat 1 cawan air = 1 cawan beras pulut
3. Didihkan air, dah mendididh masukkan pulut, masukkan sedikit garam, masak dgn api kecil & tutup periuk masa memasak. (Petua : alas bawah periuk memasak dgn tudung periuk lain supaya pulut tidak berkerak)

Bahan & Cara masak inti kelapa:
1. Masak 1 biji gula melaka dgn sedikit air (supaya mencair & senang dicampur pd kelapa)
2. Masukkan 1/2 kelapa parut (putih shj), tambah gula dan sedikit garam - manis, ikut rasa sendiri
3. Kalau kering, tambah sedikit air. (Petua : Tabur sedikit tepung gandum kalau nak bg inti mcm melekat). 

Sunday, November 6, 2011

Nasi Pilaf Daging Jamaica

Juadah pagi raya Aidil Adha Nasi Pilaf Daging Jamaica (sumber : Chef Wan) dan Cupcake versi budak2 (made by Sofi)

Sofi bagi 9 / 10 markah.....
makanan di negara Jamaica lebih kurang makanan Asia sbb kebanyakan penduduknya terdiri dpd keturunan Afrika, Timur India dan China yang menjadi hamba abdi akhir abad 19. Selain itu ada juga keturunan Jerman dan United Kingdom, Kristian Syria dan Jordan
http://ms.wikipedia.org/wiki/Kingston,_Jamaica



abah :   nak jual bape 1 ni?
sofi   :   1 biji 50 sen
abah :   uiihhh ... mahalnya , kecik je ni
sofi   :   ok laaa ... 1, 20 sen kalau 2 seringgit ( sofi berjual beli masa kecik dulu... belum tau sifir)

Resepi Nasi Pilaf Daging Jamaica
(sumber asal Chef Wan - telah diubah suai ikut kesenangan sendiri)

Bahan :
1/4 cawan mentega
3 biji bawang merah, 3 bawang putih & 1cm halia - dihiris halus
3 tangkai lada hijau & 2 tangkai daun ketumbar - juga dihiris halus
3 biji tomato - dipotong dadu
1 btg kayu manis & 3 buji bunga cengkih
2 kotak kismis hitam - (aku guna kismis minda)
1/4 kilo daging  - direbus, kemudian dihiris nipis
250 ml air rebusan ayam ( aku guna air rebusan daging - dr daging yg telah direbus tadi)
1/2 kotak santan kotak - campur dgn air jadikan 250 ml
1 packet rempah kari daging - ( aku guna cap faiza)
2 cawan beras Basmathi - (aku guna cap faiza) - dibasuh bersih dan tos airnya

Cara :
1.  Panaskan mentega
2.  Tumis semua bahan hiris (bawang merah, bawang putih, halia) dan kayu manis, bunga cengkih
3.  Masukkan rempah kari daging, daging & kismis
4.  Campurkan cili hijau, tomato & perasakan dengan garam
5.  Masukkan beras, kacau rata
6.  Masukkan air rebusan daging & santan
7.  Masukkan daun ketumbar, kecilkan api, tutup periuk & tanak selama 7 minit lagi. (aku tukar masuk dlm rice cooker - masak mcm biasa)

Info Jamaica :
Negara pulau di Laut Carribean, Amerika Tengah .... berkepadatan tinggi, ... berkomunikasi menggunakan bahasa Taino, ... bahasa kebangsaannya... Bahasa Inggeris.... terkenal dengan pelancongan bertaraf dunia ....  keindahan laut dan pasir pantai bersih nan memutih serta Blue Mountain Peak