"Sebaik-baiknya sedekah seseorang Muslim ialah belajar ilmu kemudian mengajarkan kepada sahabatnya."
(Hadis riwayat Ibnu Majah).

Sunday, December 23, 2012

Air Bunga : Bunga Chrysanthemum

Teh Bunga Kekwa atau Teh Crysanthemum .... biasanya terdapat dalam kotak atau tin. nak rasa yang panas .... boleh buat sendiri atau kalau malas boleh minum di Restoran Mohamad Abdullah Chan ... rasa macam minum air herba tapi herba yang sangaaaat sedap.

 
 
Abad ke 15, bunga ini mula ditanam di negara China sebagai tanaman herba ... dalam bahasa Cina "teh bunga kekwa" ialah , pinyin: jú huā chá) .... digunakan untuk tujuan perubatan dan pemulihan seperti menyejukkan panas badan, rawatan selsema dan pelbagai khasiat lain ... Abad ke 17 mula diperkenalkan di Barat dan diberi nama Chrysanthemum (Bahasa Greek) ... Chrys bermaksud "keemasan" yang merujuk kepada warna asal bunga ini ... dan anthemum bermaksud bunga. link
 
 
 
 
Ada pelbagai spesis Chrysanthemum tapi hanya Chrysanthemum coronarium ... satu-satunya spesis kekwa yang boleh dimakan. link
Di negara kita tanaman ini banyak di tanam di Cameron Highlands dan Kundasang, Sabah... kebanyakkannya untuk "cut flower"
 
 
 

Pelbagai jenis Chrysanthemum hybrid
  
sumber link

sumber link
 
 
 
sumber link
 
 
 
 
 Cara buat air : Rebus sehingga mendidih .... masukkan gula batu dan sedikit madu untuk warna kekuningan ... tapis sebelum diminum
 
 
 
 

bunga dan gula batu ada dijual di kedai ubat cina .... panas atau sejuk ... kedua-duanya sedaaap ... cubalah
 

Friday, December 21, 2012

Makanan Kesihatan Sunnah Para Nabi

Hari ni cari madu Pak Aji sampai ke Taman Tun ... madu ni ada kelainan rasa dan teksturnya ... sejak beli di Angsana JB.... tak minum dah madu lain ... nak cap Pak Aji juga. Kelebihan madu Pak Aji link

Beli supplements sunnah Cuka Kurma, Madu dan Habatussauda di Kedai Pak Aji, Anjung Niaga, Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr Ismail, KL
Selain supplement sunnah, air zam zam, minyak zaitun, jus dan pelbagai produk makanan islamic ....  kek dan biskut raya pun ada

pelbagai jenis ..... kekacang, kismis, kurma, produk Melilea dan paling best ialah biji apricot B17 yang diperakui khasiatnya membunuh sel kanser. Ini bukan untuk pengidap kanser sahaja tapi untuk semua .... INGAT dalam tubuh manusia memang ada sel bahaya ini ... Cara dan jenis pemakanan kita yang menyebabkan sel ini aktif atau sebaliknya . Sumber link
packaging menarik ... pelbagai saiz dan harga ... boleh rasa sebelum beli
pelbagai jenis cuka bukan sahaja untuk masak tapi boleh diminum.
Kitab Tibbul Aimmah oleh Assayyid Abdullah Syubbir, Juzuk Awal Maktab Alalfain, 1410H, m/s 192-193: Bersabda Rasulullah SAW: "Makanlah oleh kamu KHAL, kerana ia dapat membunuh bakteria-bakteria dalam perut."
Info manfaat tentang cuka kurma (Khal) link 

Friday, December 14, 2012

Apam Balik "Semua Lebih"

Aku suka apam balik ... tapi pilih2 jugak...
Tak suka yang dalamnya kedekut, ciput ... macam makan tepung aje ...
Kalau beli masa penjual tengah buat, aku mesti cakap "nak semua lebih"
Mula-mula segan jugak nak minta... tapi bukan minta free... bayar pun lebih ... biasanya cuma lebih seringgit ... tapi memang puas hati

terharu bila anak mula tau apa kesukaan ibunya ... hari ni Sofi pergi pasar malam dan  dia belikan aku "apam balik semua lebih"

Ibu : Macam mana Sofi beli
Sofi : Ofi cakap kat orang jual "Apam Balik Semua Lebih" satu
Ibu : hi hi hi


Inilah dia "Apam Balik Semua Lebih" ... penuh rasa kacang dan jagung yang creamy... hmm mabelesss ... aku punya sorang ni
 
 

Saturday, December 8, 2012

Bubur Daging

lunch  simple dengan bubur sahaja .... kurang kalori ... tetap mengenyangkan. 
 
Bahan dan cara
1 cawan beras
(basuh dimasak dengan anggaran 6 cawan air ikut kesesuaian kepekatan bubur)
Daging anggaran 1/4 kilo
(rebus sekejap, air rebusan masukkan dalam periuk masak bubur)
 
3 bj bawang merah, 2 bj bawang putih, sedikit halia
(hiris, tumis dan masukkan ke dlm periuk masak bubur)
 
Daging rebus blend kasar 
1 sk serbuk sup - bancuh sedikit air hingga larut
1 btg kecil carrot - potong dadu
(semua dimasukkan dlm periuk masak bubur)
1/4 cawan santan
garam
sedikit gula - utk imbang rasa bukan nk manis
kacau hingga masak
Hias dengan bawang goreng, ikan bilis goreng dan daun sup
 
 
 


Friday, December 7, 2012

Haruman Cempedak

"Buah cempedak di luar pagar .... ambil galah tolong jolokkan" ... lagu wajib kanak2 tadika dulu
 
SubhanAllah wanginya bau cempedak masak ... Nama saintifiknya  Artocarpus champede Kandungan vitamin C lebih tinggi berbanding nangka. Selain itu kaya dengan vitamin A dan serat yang baik untuk sistem pencernaan ... tapi orang lama kata  buah ini "angin" ... jadi pandai-pandailah menanganinya...
 
 
sekilo RM 6.50.... cantik isinya, manisssss buahnya ...huhhh nikmatnya  rasa



hujan petang ... sedapnya melayan cempedak goreng ni... kruk kruk kruk
resepi campak2.. antaranya tepung beras, tepung gandum, telur, serbuk kunyit dan garam



 

Thursday, December 6, 2012

Apam suci

di kala lewat petang ... hujan renyai- renyai ... seorang budak lelaki mengayuh basikal membawa pulang sebungkus kelapa parut putih untuk ........


favourite ibunya ..... Apam suci ... kenapa suci??? sebab...kuih ni all white dan maksud nama budak itu ialah suci. Resepi link

 

Wednesday, December 5, 2012

MAHA 2012



MAHA 2012, meredah panas, hujan lebat dan penat .... walaumacammana pun banyak pengetahuan yang diperolehi .... "pertanian adalah perniagaan"
 
 
 

zoo ternakan .... bukan jer tengok pegang pun boleh...tapi naik tak bole yaa




 rekaan inovatif pasang siap... kandang kambing menggunakan bahan PVC
 
 
  
 baby goat yang manja
 
 
  
 
pelbagai rekaan rumah ternakan unggas 
 
 
 
 
 nanas unik
 
 
 
 
 inovasi makanan ... tempe sticks
 
 
 
 

 thumbs up .... kek durian dengan rasanya yang mabelesss
 
 
 
  
 amatur
 
 

Tempe Sticks

nama Tempe Sticks .... dengar mcm hmmm ... boleh jadi bahan ejekan ... ya laah ..tempe ... apa kelas??? ... tapi  tahukah kita bahawa makanan kampung ini dihasilkan melalui proses penapaian.... ini bermakna orang dulu2 telah menggunakan ilmu mikrobiologi dalam penghasilan makanan tradisi ...hebat


hasil jelajah MAHA 2012 ... inovasi dalam makanan..... goreng sendiri  di rumah,  marvelous ... sesuai dijadikan snek lebih-lebih lagi dijual di kantin sekolah ...
Nak tau apa rasa tempe sticks ini boleh dapatkan di pasaraya atau disini


 

Monday, November 26, 2012

Kucingku sayang

asalnya kucing ni tidur dlm pasu ... bila aku buka pintu dia terjaga ... dan akhirnya tengok tu muka dia mcm marah pulak

bukan kucing belaan tapi rumah aku jadi port kucing .... entah mana2 dtg... beranak pinak sampai entah dah berapa keturunan... aku pun X ingat. ... masing2 ada kerektornya yg menghiburkan... dan yg X tahan tu semuanya takut dgn aku sampai ada yg terjun longkang bila terserempak dgn aku he he he... wahai kucing, walaupun aku garang tapi sebenarnya aku sayangggg dgn ko


yang ni pulak X boleh nak gerak ke mana2 bila aku datang dekat ... tersorok dlm pokok... dia ingat aku X nampak ... jgn risau wahai kucing... aku X usik pun cuma nak tengok ngko jer ...eeee cute



bonet depan kereta ..  inilaaa tpt persembunyian anak2 kucing... stp kali nak start enjin kena check dulu ... kalau ada.... degil sgt X nak keluar...pernah ada yg sampai putus ekor ... bila ekor kucing tu terbelit kat belt enjin...



Sambal ketuk



dah lama  tak makan sambal ni ... kalau kat rumah mak di JB inilah sambal belacan ... ada juga org panggil sambal ketuk ... Sambal ni kering .... kat tempat lain pulak sambal belacan ialah sambal yang cair dan diperah asam limau. ...Dulu masa aku duduk di Johol, Negeri Sembilan.. nenek tuan rumah sewa, selalu buat sambal mcm ni sebijik sama... cara buatnya pun sama .... mungkin sambal ini sambal orang zaman dulu kot... sekarang dah tak jumpa kecuali... belajar dari orang lama dan buat sendiri di rumah.




bahan2 nak buat sambal ketuk : 4 ulas bawang merah, 2 ulas bawang putih, 5 biji cili padi sedikit belacan, semua ini di goreng dgn sedikiiiit shj minyak.... ditambah dgn sedikit ikan bilis goreng.

 Cara : tumbuk semua bahan kecuali ikan bilis, campurkan sedikiiiit gula sebab nak balance belacan yang masin dan akhir sekali baru masukkan ikan bilis yg ditumbuk kasar. Rasa sambal ni agak pedas dan yang best .... bunyi kruk kruk kruk ... ikan bilis garing dan sedap dimakan dengan nasi berlauk kuah lemak.


Friday, November 23, 2012

Surah Al Mulk - Sheikh Mishary Rashid



Surah Al Mulk (bahasa Arab:الملك ) adalah surah ke 67 dalam Al-Qur’an. Al Mulk terdapat pada ayat pertama surah ini. yang bererti ‘Kerajaan’. Surah Al Mulk adalah surah keamanan dan keselamatan, kerana ia akan menjadi penyelamat dan pendinding dari seksa kubur kepada pembacanya. Fadhilat membaca surah ini link